Monday, 13 September 2021
Aiman Car Wash Kuantan
Menara Kuantan 188 kedua tertinggi dalam Malaysia, tarikan terbaharu di Pahang
NAMPAKNYA selepas ini ada alasan untuk berkunjung ke Kuatan, Pahang memandangkan terdapat tarikan terbaharu iaitu Menara Kuantan 188.
Menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur itu direka untuk menjadi tarikan utama bagi pelancong tempatan dan asing.
Menerusi dek tontonan menara yang terletak 92 meter dari atas tanah, pengunjung bakal menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kuantan dan Sungai Kuantan yang mempesonakan.
Tarikan lain yang terdapat di menara tersebut termasuk sebuah restoran pada ketinggian 98 meter yang akan dibuka kelak, sebuah dek pemerhatian terbuka, jejantas udara dan pelantar terjunan berpandu dari aras 104 meter.
Para pengunjung yang menggemari aktiviti lasak boleh melakukan pendakian tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter.
Pembinaannya bermula pada Ogos 2017 dan siap pada September tahun lalu manakala Sijil Penyiapan dan Pematuhan dikeluarkan pada November 2020.
Menara Kuantan 188 adalah mercu tanda strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang.
Menara tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang pada bulan Disember tahun lalu.
Menara Kuantan 188 adalah sebahagian daripada siri pembangunan untuk menambah baik Kuantan Waterfront, sebuah aset utama dan warisan budaya yang akan meningkatkan tarikan pelancongan bandar di kawasan ini.
Selain menara tersebut, komponen lain di dalam projek Kuantan Waterfront termasuk Kuantan Esplanade, Mercu Junjung Duli, Laman Teruntum, hutan simpan bakau dan Serambi Teruntum, sebuah pusat sehenti untuk produk PKS dari Pahang.
Destinasi-destinasi ini akan menjadi wadah bagi rakyat dan pengusaha tempatan untuk mendapat manfaat daripada industri pelancongan.
Sementara itu, Jambatan Putra pula adalah jambatan baharu yang merentasi Sungai Kuantan dari Tanjung Lumpur ke Kemuntin
Sunday, 12 September 2021
Aiman homestay kotasas kuantan
Homestay detail
Aiman Homestay(semua bilik aircond)
**muslim only**
[ ] Kadar Sewaan:
▶️Rate weekday (Isnin - Jumaat): *RM200*
▶️Rate weekend (Sabtu - Ahad / CUTI SEKOLAH / CUTI UMUM ) :
*RM220*
▶️ package weekday : 3hari2mlm *RM380*
▶️ package weekend / CUTI SEKOLAH / CUTI UMUM :
3hari 2mlm
*RM420*
▶️ package weekday + weekend
3hari 2mlm
*RM400*
➕ Deposit Keselamatan RM 50 ( akan dipulangkan semula selepas check out sekiranya tiada apa2 kerosakan / kehilangan )
[ ] Homestay:
• Ruang tamu
• Ruang Makan
• 2 bilik air
• Bilik Utama- katil queen,Aircond, kipas, bilik air
• Bilik No 2- katil queen, Aircond, kipas
• Bilik No 3 - katil quen, Aircond, kipas
[ ] Kemudahan disediakan:
• astro
• Auto Gate
• Set sofa
• Setrrika & papan gosok
• Meja makan
• peti ais
• Periuk nasi
• mircowave
• penapis air coway
• penapis udara coway
penapis air luar coway
• water heater
• dapur gas
• mesin basuh automatik
• pingaan dan cawan
• 👮♂️Perumahan yang eksklusif dengan 24 jam pegawal keselamatan
• 🏸Badminton court
• 🚴♀️Joging track
• ⛳Playground
• Tempat yang menenangkan jauh dari bunyi 💎
[ ] Tempat berdekatan:
• Pantai sepat - 15 minit
• Serambi teruntum - 20 minit
• Ana ikan bakar - 20 minit
• Pantai gelora- 20 minit
• Zoo mini teruntum - 22 minit
• Pantai teluk cempedak -25 minit
• Bandar Kuantan- 15 minit
• River cruise - 20 minit
• Airport - 15 minit
• Muzium sg lembing -40 minit
• Air terjun panching/ pandan- 30 minit
• Gambang water park 30 minit
• Pantai Cherating- 40 minit
• Berdekatan shopping kompleks tunas manja- 5 minit
• DIY -3 minit
• 7 eleven -3 minit
• Kedai Dobi- 3 minit
• Tempat makan - 3 minit
• Hospital IIUM - 5 minit
• Berdekatan susur keluar kuantan (lebuhraya LPT) - 5 minit
*Alamat:
kotasas P5 fasa 2
[ ] Untuk tempahan whatsapp dan telefon # Puan Rita #