Monday, 13 September 2021

Menara Kuantan 188 kedua tertinggi dalam Malaysia, tarikan terbaharu di Pahang

NAMPAKNYA selepas ini ada alasan untuk berkunjung ke Kuatan, Pahang memandangkan terdapat tarikan terbaharu iaitu Menara Kuantan 188.

Menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur itu direka untuk menjadi tarikan utama bagi pelancong tempatan dan asing.

Menerusi dek tontonan menara yang terletak 92 meter dari atas tanah, pengunjung bakal menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kuantan dan Sungai Kuantan yang mempesonakan.

Tarikan lain yang terdapat di menara tersebut termasuk sebuah restoran pada ketinggian 98 meter yang akan dibuka kelak, sebuah dek pemerhatian terbuka, jejantas udara dan pelantar terjunan berpandu dari aras 104 meter.

Para pengunjung yang menggemari aktiviti lasak boleh melakukan pendakian tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter.

Pembinaannya bermula pada Ogos 2017 dan siap pada September tahun lalu manakala Sijil Penyiapan dan Pematuhan dikeluarkan pada November 2020.

Menara Kuantan 188 adalah mercu tanda strategik yang dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama kerajaan negeri Pahang.

Menara tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pahang pada bulan Disember tahun lalu.

Menara Kuantan 188 adalah sebahagian daripada siri pembangunan untuk menambah baik Kuantan Waterfront, sebuah aset utama dan warisan budaya yang akan meningkatkan tarikan pelancongan bandar di kawasan ini.

Selain menara tersebut, komponen lain di dalam projek Kuantan Waterfront termasuk Kuantan Esplanade, Mercu Junjung Duli, Laman Teruntum, hutan simpan bakau dan Serambi Teruntum, sebuah pusat sehenti untuk produk PKS dari Pahang.

Destinasi-destinasi ini akan menjadi wadah bagi rakyat dan pengusaha tempatan untuk mendapat manfaat daripada industri pelancongan.

Sementara itu, Jambatan Putra pula adalah jambatan baharu yang merentasi Sungai Kuantan dari Tanjung Lumpur ke Kemuntin

No comments:

Post a Comment